Adakah
Amalan Berpantang Mengarut?
Pada entry lepas kite kongsikan mengenai amalan berpantang tradisional juga
makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan dalam berpantang.
pada entry kali ini pula sy nk share mengenai ehem-ehem dalam berpantang,
nifas, istihadah serta wiladah.
Tak mustahil ade antara kita hari ini tidak mengetahui
malah membenci amalan
berpantang selepas bersalin.. dgn berbagai alasan..
antaranya ketingalan zaman..
amalan merapu..dan sebagainya.
ada yg mengatakan masyarakat barat tidak berpantang pun.. mereka dgn sombong
mengatakan mereka masyarakat moden.. tidak terikat lagi dgn amalan kuno
tersebut..
cuma yang mereka tidak faham, kebaikan dari amalan tersebut.., dan tubuh moden
mereka sebenarnya lebih rapuh/reput dari masyarakat dulu kerana amalan
makanan
yg berkimia dan berbagai gaya hidup moden yg menghancurkan..
PANTANG SELEPAS BERSALIN
Mengikut tradisi orang Melayu, berpantang bagi ibu selepas
bersalin yang paling baiknya adalah 100 hari.
Bagi sesetengah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan
tempoh berpantang untuk tidak bersama suami,
manakala pemakanan harus dikawal
secara ketat sehingga 40 hari yang pertama
SEKS
DALAM PANTANG
Menurut kajian yang telah dilakukan, seks yang dilakukan selepas bersalin
(dalam tempoh berpantang) boleh menyebabkan embolisma udara yang
menyebabkan
kematian. Embolisma udara dalam (tuut) akan berlaku
apabila (tuut) dilakukan
oleh pasangan anda terhadap anda. Udara yang
ditiup masuk ke dalam (tuut) akan
masuk ke dalam rahim dan seterusnya
masuk ke dalam salur darah. Kesannya boleh
membawa kepada KEMATIAN
yang pernah dilaporkan terutamanya di negara-negara
barat.
Nifas
Selepas Bersalin
Nifas adalah darah yang keluar dari rahim disebabkan melahirkan,
baik sebelum,
bersamaan atau sesudah melahirkan
Dari Abu Hurairah ra ia berkata bhw Rasulullah saw bersabda,
“Hendaknya wanita
yg nifas itu menuggu selama 40 hari kecuali melihat
kesucian sblm itu. Jika
telah melampaui 40 hari dan belum melihat
kesucian, maka hendaklah dia
mandi.”[HR Ibn Adi]
Lamanya masa nifas itu menurut penelitian rata-rata 40 hari Ada yang
hanya satu
hari. Ada pula yang sampai 60 hari Jadi paling pendeknya
nifas itu sekejab
(sebentar saja). Paling lamanya 60 hari. Kalau
lebih dari 60 hari dihukumkanlah
darah yang masih keluar itu sebagai
darah istihadhah.
Apakah
Itu Darah Istihadah?
Dari Aisyah ra,” sesungguhnya ia (istihadhah) adalah perdarahan akibat
radang
mulut rahim (cervix) dan bukan haidh.”[hadis riwayat bukhari]
Darah istihadah ialah darah penyakit yg keluar dari hujung urat yg
berada di
bawah rahim perempuandiwaktu selain waktu haid dan nifas
yang terpanjang, baik
darah ini keluar mengiringi darah haid atau tidak.
Dari Fatimah binti Abi Hubaisy, beliau ddatangi darah istihadah, lalu
Rasulullah saw bersabda, “Darah haid ialah darah berwarna hitam biasanya
dikenali oleh kaum wanita, bila begitu keaaannya, hendaklah anda
berhenti dari
menunaikan solat. Jika darah tersebut sebaliknya
(tidak berwarna hitam), maka hendaklah
anda berwudhu’ dan menunaikan
solat, kerana ia merupakan darah
istihadah.”[Hadis riwayat Abu dawud]
Hal-Hal
Yang Diharamkan Bagi Wanita Yang Nifas
Para ulama telah bersepakat bahwa wanita yang sedang nifas diharamkan
melakukan
apa saja yang diharamkan bagi wanita yang haid. Antara lain,
1. Sholat.
Wanita yang haid dan nifas haram melakukan shalat fardhu maupun sunnah,
dan
mereka tidak perlu menggantinya apabila suci.
(Ibnu Hazm di dalam kitabnya
al-Muhalla)
2. Puasa.
Wanita yang sedang nifas tidak boleh melakukan puasa wajib maupun sunnah.
Akan
tetapi ia wajib mengqadha puasa wajib yang ia tinggalkan pada
masa nifas.
Berdasarkan hadits Aisyah radhiyallahu ‘anha,
“Ketika kami mengalami haid, kami
diperintahkan untuk mengqadha puasa
dan tidak diperintahkan untuk mengqadha
shalat.” (Muttafaq ‘alaih)
3. Thawaf.
Wanita haid dan nifas diharamkan melakukan thawaf keliling ka’bah, baik
yang
wajib maupun sunnah, dan tidah sah thawafnya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda kepada
Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Lakukanlah apa yang
dilakukan jamaah haji,
hanya saja jangan melakukan thawaf di ka’bah sampai kamu
suci.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
4. Jima’.
(Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata,
“Menggauli wanita nifas
sama halnya dengan wanita haid,
hukumnya haram menurut kesepakatan ulama.”
(Lihat Majmu’ Fatawa))
5. Tidak bleh diceraikan.
Diharamkan bagi suami menceraikan istrinya yang sedang haid atau nifas.
Allah
Ta’ala berfirman, yang artinya, “Hai Nabi, apabila kamu menceraikan
istri-istrimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu
mereka dapat
(menghadapi) iddahnya (dengan wajar).” (Qs. ath-Thalaq: 1)
MANDI
WILADAH (MANDI LEPAS BERSALIN)
“Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas
ku kerana
Allah Taala”.
Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya.
Mandi
wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap
wanita yang
bersalin. Dan diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah
kering darah
nifas.
Berpantang bagi seorang wanita selepas melahirkan anak merupakan satu adat
dan amalan yang wujud pada sesuatu agama. Bukan orang Melayu sahaja yang
berpantang selama 40 hari, malahan dinegara-negara Arab, UK, USA, etc
juga ada dikalangan orang Islam ada yang mengamalkan kepercayaan demikian.
Malah bukan sahaja orang Islam, bahkan kaum lain pun ada yang mengamalkan
amalan tersebut.
Bagi mereka yang berpantang, mereka dilarang dari keluar rumah sepanjang
40 hari. Mereka juga disuruh berpantang dari beberapa jenis makanan
seperti timun, buah-buahan dan sayuran yang dikatakan sejuk. Ada juga yang
mengamalkan jamu dan juga berurut untuk membetulkan peranakan.
Hakikatnya didalam Islam, tidak ada larangan untuk wanita itu keluar dari
rumah kurang dari 40 hari kelahiran bayi.
Ia hanyalah adat dan budaya semata-mata.
Angka 40 itu sangat sinonim didalam agama Islam. Dikatakan jumhur ulama'
menyatakan bahawa 40 hari merupakan waktu maximum seorang wanita
dikecualikan dari melakukan ibadat seperti solat dan puasa. Selepas 40 hari,
seseorang wanita itu diwajibkan mandi dan mula bersolat. Ada dikalangan
ulama' yang membenarkan selama 60 hari. Ummu Salamah ra. berkata :
كَانَتِ النُّفَسَاءُ تَجْلِسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ..
"Semasa waktu Rasulullah , wanita didalam nifas akan duduk
(dikecualikan dari puasa dan solat, dsb) selama 40 hari..." [Riwayat al-Tirmudzi]
Imam al-Tirmudzi didalam komentarnya terhadap hadith ini berkata, telah ijma'
ulama dari kalangan sahabat Nabi , taabien, bahawa waktu maksima wanita
didalam keadaan nifas tidak perlu menunaikan solat adalah selama 40 hari,
melainkan telah bersih sebelum ini,maka hendaklah ia mandi dan bersolat.
Waktu minimum menurut Dr Abdul Karim Zaidan tidak ada hadnya, dan ini
padangan ijma' fuqaha'. Dengan ertikata lain, sebaik sahaja tidak keluar lagi
darah, maka wanita tersebut boleh mandi dan menunaikan solat. Menurut
Dr Abdul Karim Zaidan lagi, pandangan yang rajih didalam hal waktu maksima
nifas adalah 40 hari [Mufasal, 1/109].
Hukum wanita didalam nifas adalah sama dengan wanita didalam haid
tanpa khilaf. Menurut Mazhab Syafie 'Apa yang diharamkan semasa
nifas adalah diharamkan didalam haid'. Bagi Mazhab Maiki pula
'larangan didalam nifas semuanya dilarang didalam haid'. [Mufasal, 1/169].
Kesimpulannya, amalan berpantang tidak ada didalam Islam, akan tetapi hakikat 40 hari berpantang (tidak berpuasa, bersolat, dsb) itu merujuk kepada angka maksima seseorang wanita itu didalam nifas.
Saya akan kongsikan mengenai adat berpantang kaum lain pada entry akan datang..tungguuuuuu..;)