Kenapa sakit nk menyusu ni..???
sumber MyHealth
Assalamualaikum..
Ibu-ibu dah menyusu anak ker?ade masalah tak?alamak..kenapa anak xnak menyusu ni??
Ramai juga dikalangan ibu-ibu menyusu yang give up utk menyusukan bayi mereka..kenapa yer? mungkin ade yang tidak tahu cara atau mengahadapi masalah-masalah tertentu...Umum mengetahu bahawa penyusuan ibu adalah proses semulajadi.Walaubagaimanapun dalam 2 minggu pertama, penyusuan mungkin sukar bagi ibu terutama jika ini merupakan pengalaman pertama anda. jom kita selami apekah masalah2 yang biase dialami oleh ibu-ibu menyusu..so, kepada yang tgh hamil bleh la prepare2 kan.
Berikut sy nk share 3 masalah utama yg biasa dialami oleh sesetengah ibu:
Berikut sy nk share 3 masalah utama yg biasa dialami oleh sesetengah ibu:
1) Kebengkakkan payu dara
Sebab-sebab:
Kebengkakkan payu dara adalah disebabkan peningkatan isipadu susu yang
mengakibatkan kongesi salur darah di dalam payu dara. Ia berlainan dengan
kepadatan payu dara. Payu dara yang padat masih boleh ditekan, lembut dan
fleksibel.
Tanda-tanda kebengkakkan payu dara:
* Payu dara menjadi keras dan sakit, kelihatan berkilat.
* Bahagian areola kelihatan pejal.
Komplikasi/kesan sampingan:
* Kesukaran untuk bayi menyusu
* Kesukaran untuk mengeluarkan susu
Rawatan:
Perkara- perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kebengkakkan payu
dara:
* Jangan berhentikan penyusuan.
* Periksa jika anda menggunakan teknik yang betul. Betulkan jika salah.
* Susukan bayi anda dengan kerap.
* Sebelum penyusuan dimulakan, keluarkan sedikit susu untuk melembutkan payu
dara supaya mudah untuk bayi menghisapnya.
* Selepas penyusuan, jika payu dara masih bengkak, keluarkan susu yang ada.
* Tuam payu dara dengan menggunakan tuala dan air suam untuk melancarkan
pengaliran susu.
* Gunakan tuaman sejuk di antara penyusuan untuk mengurangkan sakit dan
kebengkakkan.
Pencegahan:
Kebengkakkan payu dara boleh dielakkan dengan:
* Menyusukan bayi dengan kerap, sekurang-kurangnya 10-12 kali sehari.
* Teknik penyusuan yang betul.
2) Puting melecet
Sebab-sebab:
* Meletakkan bayi dalam posisi yang salah.
* Teknik penyusuan yang tidak betul.
* Penjagaan puting yang tidak betul.
* Faktor-faktor lain;
1. Ekzema puting: Apabila ekzema berlaku, puting menjadi merah kehitaman,
gatal, meleleh dan bengkak.
2. Seriawan: Jangkitan kulat disebabkan oleh Candida Albicaus juga boleh
menyebabkan puting melecet. Ia bermula dengan rasa sakit, gatal dan pedih.
Puting akan bertukar warna dari merah jambu ke merah.
Rawatan
* Jangan hentikan penyusuan
* Periksa samada anda menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke
payu dara. Lakukan teknik yang betul jika salah.
* Perahkan sedikit susu dan sapukan
pada puting. Ini boleh memulihkan
puting yang melecet.(sbb tu saya xbeli apa2 cream utk breast sprti dlm list)
* Tidak perlu gunakan losyen.
* Sekiranya tiada perubahan, jumpa doktor untuk memastikan samada terdapat
jangkitan kulat atau ekzema.
Pencegahan
* Pastikan posisi ibu dan teknik meletakkan bayi ke payu dara adalah betul.
* Jangan menggunakan pelindung plastik pada payu dara kerana bahan tersebut
tidak meresap peluh.
* Elakkan menggunakan coli yang diperbuat dari bahan sintetik kerana ia
meningkatkan perpeluhan dan kurang aliran udara.
* Bersihkan payu dara dengan air sahaja, jangan guna sabun kerana boleh
mengeringkan kulit.
3) Tidak cukup susu
Tidak cukup susu adalah alasan yang sering diberikan oleh ibu untuk berhenti
menyusukan bayi atau menambahkannya dengan susu botol Kerap kali ini adalah
tidak benar . Penghasilan susu ibu akan berkurangan disebabkan oleh kurang
stimulasi akibat perkara-perkara berikut :
* Ibu tidak membenarkan bayi menyusu seberapa kerap dan mengikut kehendak bayi.
* Bayi tidak melekap dengan betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan.
* Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam lebih awal.
* Ibu memberikan makanan lain atau susu botol lebih awal.
* Ibu menyusukan bayinya dengan sebelah payudara sahaja.
* Ibu kurang yakin dengan kebolehannya untuk menyusukan bayi.
* Ibu mengalami tekanan emosi.
Berikut adalah beberapa cara
untuk mengatasi masalah tidak
cukup susu :
* Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi.
* Pastikan masa antara penyusuan tidak melebihi 2 jam.
* Pastikan bayi melekap dengan betul.
* Menyusu dari kedua-dua belah payu dara.
* Perbaiki pengambilan makanan anda. Makan makanan yang tinggi protein seperti
ikan, ayam, daging, telur kekacang dan makanan yang tinggi vitamin seperti
buah-buahan dan sayur-sayuran.
* Yakin pada diri sendiri . Anda boleh
menyusukan anak anda.
* Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.
Untuk memastikan bayi anda mendapat
cukup susu, perhatikan tanda-tanda berikut :
* Bayi menyusu sekurang -kurangnya 8 kali dalam masa 24 jam.
* Corak penyusuan bayi berubah-ubah, ibu boleh mendengar atau melihat bayi
menelan.
* Bayi mempunyai otot yang pejal dan kulit yang sihat.
* Bayi membuang air kecil sebanyak 6 kali atau lebih, air kecil berwarna kuning
jernih bukan kuning pekat atau oren, dan membuang air besar berwarna kekuningan
3 ke 8 kali dalam masa 24 jam.
* Berat badan bayi meningkat secara konsisten selepas berumur satu minggu dan
mengikut graf pertumbuhan.
* Payudara anda mungkin rasa ringan selepas menyusu atau susu meleleh keluar
dari payudara yang sebelah apabila bayi menyusu pada yang sebelah lagi. (ini gunanya breast pad/milk
collector)
* Bayi tidur dengan lena, cergas dan kelihatan puas antara penyusuan.
Nak share tips..mase sy dalam pantang dlu..bonda pesan sebelum kita makan..letak kapur/arang sapu keliling kita punya bb utk elak bengkak. mula tu xpercaya kan..pastu pernah mase mkn x sapu kapur tu..then memang bengkak lah..saikt sgt..lpas tu beringatlah..hihih..:) then..bile dah bengkak..cmane plak nk buat? bonda bg tips..sikat la kite punya bb tu kebawah bagi melancarkan pengaliran susu..urmm..btul jgak tu...itulah yg sy amalkan dlu..if u all ade petua2 lain..leh la komen kat cni yer..Sebagai ibu..kite hendaklah kuatkan semangat untuk menyusu anak kita..semestinya kita ingin berikan yang terbaik utk ank tersayang kan..oleh itu jangan berputus asa disamping kita panjatkan doa pada yang MAHA ESA.
"Selamat Menyusu yerr"
buat ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu..bleh hubungi sy utk dapatkan tips dan consultation percuma..jom kita selesaikan masalah bersama ;)
PROMOSI HANYA DI BULAN NOVEMBER 2012!!
sila hubungi saya di :
013-5116965
emel - ameerazulfa@gmail.com
FB Page : Susu Ibu Idaman Si Manja
No comments:
Post a Comment