WAJAR!

Ketahuilah, hati seorang insan yang bergelar perempuan semasa bersalin adalah takut dan sakit. Namun disebalik ketakutan dan kesakitan para ibu, terselit doa di hati nurani si ibu agar anak yang bakal mengenal dunia itu sihat dan selamat. Normal jika dikatakan seseorang manusia itu memerlukan seorang lagi manusia lain bagi menjadi peneman, untuk melepaskan gundah perasaan.
Soalnya siapa yang harus menjadi peneman? Jawapannya senang sekali, tentulah para suami atau bakal bapa kepada si anak.
Disini disenaraikan antara kebaikan untuk para ibu jika para suami menjadi peneman di kala para ibu menghadapi kesulitan semasa mahu bersalin.

1. Meredakan debaran di hati isteri
  • Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.
2. Meredakan kesakitan isteri
  • Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.
3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
  • Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.
4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
  • Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.
5. Lebih menghargai keluarga
  • Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Namun ada juga segelintir para kaum bapa yang mempunyai perasaan takut melihat darah, Maklumlah darah semasa bersalin amat banyak sekali, tidak dinafikan ramai para bapa yang tidak boleh melihat darah. Untuk para bapa yang bersifat begitu, anda tidak perlu khuatir kerana anda masih boleh membantu meringankan beban isteri.
Para bapa masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap.

Bagaimana suami boleh membantu?
Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri


Setakat itu sahaja info kali ini, semoga membantu para bakal ayah dan ibu khususnya kepada yang pertama kali melalui pengalaman bersalin. Ketahuilah kaum adam, kaum hawa akan merasa tenteram dan selamat jika kamu berada di sisinya tidak kira baik atau buruknya keadaan itu. Maka cubalah sebaik mungkin untuk menjaga perasaan kaum hawa dari merasa takut agar ketakutan itu hilang dari wajahnya.


Sekadar perkongsian bersama..Alhamdulillah suami saya sempat menemani saya semasa ingin melahirkan anak pertama.  Memang benar suami wajar berada disisi kita para isteri untuk memberi semangat dan berdoa utk kita disamping sama-sama menikmati saat-saat kelahiran anak lagi-lagi bagi anak pertama.  Doa dan tawakkal kepada-NYA juga penting.
terima kasih buat suami ku =)


Kredit: MAKLUMAT.MY


PROMOSI ISTIMEWA HANYA DI BULAN NOVEMBER 2012!!
untuk tempahan Khasiat Alfalfa