Assalamualaikum..
Jom kita
kongsi ilmu bagaimana teknik penyusuan yang betul untuk ibu-ibu & bakal ibu..:)
Ramai
ibu-ibu sedari akan kepentingan memberi susu ibu kepada bayi mereka.
Namun ramai
juga yang tidak mengetahui cara atau teknik penyusuan yang betul agar anak
mendapat susu sebaiknya.
pada entry
kali ni saya akan kongsikan gambar-gambar agak 18SX..jadi yg malu2 tu..buat2
pejam sbelah mate la yerr..Nak kongsi ilmu..ape salahnye kannn...
Teknik penyusuan yang BETUL
Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan
betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara
datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan
latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang
boleh membantu:
POSISI YANG BENAR
POSISI YANG BENAR
* Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
* Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
* Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
* Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.
-Duduk dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi anda.
-Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
PELEKAPAN
* Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
* Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
* Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.
-Duduk dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi anda.
-Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
PELEKAPAN
- Sentuh mulut bayi dengan puting anda. Tunggu sehingga bayi membuka mulutnya paling luas.
- Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi). Rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) masuk ke dalam mulut bayi.
- Anda boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara.
TANDA-TANDA PELEKAPAN YANG SALAH
Gambar menunjukkan bayi yang tidak melekap dengan betul. Ini boleh mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payu dara dan puting melecet.
Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:
* Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
* Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
* Payu dara mungkin bengkak.
* Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.
PENILAIAN SAMADA BAYI MENYUSU DENGAN BETUL
* Mulut bayi terbuka luas.
* Dagu bayi menyentuh payu dara.
* Bibir bawah bayi bergulung keluar.
* Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
* Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
* Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.
* Mulut bayi terbuka luas.
* Dagu bayi menyentuh payu dara.
* Bibir bawah bayi bergulung keluar.
* Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
* Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
* Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.
Gambar
menujukkan apa yang berlaku di dalam mulut bayi ketika penyusuan jika bayimelekap
dengan betul.
Petunjuk:
1. Puting
2. Areola dan tisu payu dara dengan duktus susu dibahagian bawah areola.
3. Lidah bayi.
4. Payu dara.
5. Tekak bayi.
"Selamat Menyusu buat ibu-ibu dan bakal ibu untuk si manja tersayang"
PROMOSI HANYA DI BULAN NOVEMBER 2012!!
untuk tempahan Khasiat Alfalfa
sila hubungi saya di :
013-5116965
emel - ameerazulfa@gmail.com
FB Page : Susu Ibu Idaman Si Manja
No comments:
Post a Comment