Jangan Pukul Bayi Menangis...
Assalamualaikum...Selamat bertemu kembali..;) Dalam mendidik, menjaga, melayan karenah anak-anak kita seharian pasti ade dugaan dan cabaran yang kita lalui..Tidak dinafikan tugas menjaga anak/bayi memang mencabar dan menguji kesabaran kita bukan..Walau ape pun..jgn sesekali kita memukul bayi kita jika mereka menangis..
jom baca di bawah ini mengapa kita dilarang pukul bayi?
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu Di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.
( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ).
Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia
bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bondanya.
Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapa nya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruk nya. ~*
( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)
Selepas mengetahui info di atas..baru kite sedari mengapa kita dilarang untuk memukul bayi kita kan..
Pasti kita ingin menjadi yang terbaik dan berikan yang terbaik utk anak kita kan..
Harap dapat la terap kan kesabaran yang lebih untuk mendidik anak-anak..
Pesanan utk sy juga dan
kalian semua.. Wallahualam.
"Selamat Medidik anak-anak kita ;)"
No comments:
Post a Comment