DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Pinterest Google+ Facebook Twitter Addthis

Sunday 18 November 2012

PETUA MUDAH BERSALIN

ADA TAK CARA UNTUK MUDAH BERSALIN?



Assalamualikum...

Hi ibu-ibu dan bakal ibu..b4 ni kite dah share info mengenai tanda-tanda hamil dan kontraksi hamil kan..so..hr ni jom kite share tentang tips untuk mudah bersalin plak..
bleh dikatakan sume bakal ibu yang bakal melahirkan anak mempunyai perasaan takut, berdebar, gemuruh dan bermacam rasa lagi..(samala i pun;)))



Doa saya semoga semua mommy & mom-to-be yang sedang menunggu kelahiran baby selamat dan dipermudahkan oleh-Nya..ameen~


bagi yang belom sampai masanya pun boleh take note bekalan di hari muka.. :)


Antara petua-petua yang boleh diamalkan untuk memudahkan kelahiran bayi:

Amalan ketika masuk minggu 28 (7 bulan) :

1. Banyak memohon maaf dari suami. Doa dan keredhaan suami juga petua mudah bersalin. **yang, ai mintak mahap ni..betul ni bukan tipu! :)

2. Start minum air kelapa bulan ketujuh. Biasanya dia minum air lebihan minuman suami.
3. Amalkan makan buah kurma, untuk tenaga.
4. Rajin belai janggut suami. **somi takde janggut camne.. :)))
5. Sapu minyak kelapa di area perinium, dan minum sesudu sehari minyak tu (amalkan 3 kali seminggu bagi bulan ketujuh hamil, tapi setiap hari bila dah masuk bulan ke 9) ** perinium??
6. Amalkan makan sayur bendi. Baby mudah keluar.
7. Amalkan bacaan surah maryam dan Yassin - kalau rajin, hari-hari la buat.
8. Minum susu kambing + kurma.. nak elak baby kena jaundis..(p/s:Alhamdulillah saya amalkan petua ni anak saya selamat dari jaundis...=)



Senaman :

1. Berjalan kaki 30 minit sehari. Buat la lebih. Kalau suka, naik turun tangga.. jangan guna lif.

** hari2 pun naik turun tangga
2. Senaman kegel.. kemut otot sekeliling vagina - ini menguatkan otot ( kemut dalam kiraan 1 hingga 4 then lepas.. buat di mana-mana saja.. orang bukan tau...)
3. Pelvic tilt or angry cat - merangkak, pastu tahan nafas dengan ketatkan otot perut, sambil lengkungkan belakang badan. ulang beberapa kali.
4. Squat - mencangkung lepas tu berdiri. Teknik berulang kali. buat latihan perlahan-lahan, kalau tak mampu, kena ada kerusi atau dinding tempat memegang sebelum berdiri. **akan diusahakan huhuuu



Dah masuk minggu 38 (dikira bila-bila masa bersalin)


1. Kerap lagi berjalan.

2. Selalu 'bersama' dengan suami. Air mani merupakan induce cara semulajadi paling mujarab. ** somi jauh sob sob sob :D
3. Selalu makan telur separuh masak
4. Makan ketam masak lemak.. yang ni petua orang.. tak tau apa kaitannya ketam dengan mudah bersalin.**owh best!
5. Tasbih Nabi Yunus ketika dalam perut ikan..
6. Surah Al - Insyiqaq (ayat 1-4)
7. Surah Abasa (ayat 20)
8. Surah An-Nahl (ayat 78)
9. Baca Doa = " Robbi Yassir Wa La Tuassir Robbi Tammim Bilqoir"
10 Baca Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Mussowir.
11. Kerap buat squatting dan senaman duduk bersila atas lantai dengan tapak kaki bertemu.



Ketika saat menahan sakit kontraksi:



1. Tarik nafas dengan hidung ketika kontraksi melanda, lepas dengan mulut cepat-cepat (huf..huf..)

2. Minum milo + telur mentah (sambil selawat, al-Fatihah, doa nabi Yunus)
3. Kalau masih mampu, mandi, minum air hujung basuhan rambut. ** ek??
4. Jalan dah bukak 4cm atau lebih kurang minum air selusuh yang suami buatkan.
5. Teran cuma bila dah bukak 10cm, jangan angkat punggung, kontraksi kuat je, teran dengan kiraan 1 hingga 10... kalau nafas panjang, sampai habis kiraan yang mampu...


Mungkin ada lagi yang tak pernah saya dengar. so jangan segan dan malu untuk tambah.. :)

Sesungguhnya kita hanya berusaha, tapi Allah s.w.t jua yang menentukan segalanya..

Berdoa Berdoa dan Berdoalah kepada Allah s.w.t...Insya-Allah..selamat semuanya..



PROMOSI HANYA DI BULAN NOVEMBER 2012!!
untuk tempahan Khasiat Alfalfa

sila hubungi saya di :
013-5116965
emel - ameerazulfa@gmail.com

3 comments:

Anonymous said...

Saya setuju dengan petua 'bersama' suami bila dah dekat nak bersalin. Semua 5 anak saya bersalin selepas malamnya bersama suami. Semua lahir bawah 40 minggu. Yang terbaharu 36 minggu jer... mungkin sebab malamnya suami 'buat' macam baru kawin...hehehe..

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

adam said...

Wife saya pun baru start minum minyak kelapa dara bila kandungan 30 minggu. Harap-harap mudahlah bersalin normal untuk 1st baby kami.