DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Monday, 12 November 2012

SENARAI KEPERLUAN BAYI BARU LAHIR



Senarai Keperluan Bayi untuk Ibu Hamil &
Bayi yang Bakal Lahir


Keperluan bayi di hospital
1.Selimut dan tuala untuk bayi - kalau boleh biar yang lembut2 gitu
2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan (ini kalau nak lap2 ajer)
3. Beberapa helai pampers - beli yang newborn punya pampers, saya sajes mamipoko sbb saya pakai yang tu, lembut pun lembut
4. 3 - 4 helai pakaian baby, kalau boleh ikut la jenis hospital yang kita plan nak bersalin tu, kalau jenis yang beraircond sejuk tak hengat2 tu, bawak baju lengan panjang, seluar panjang jugak, tp jenis hospital lama2 tu, jenis pakai kipas tu kan, kalau boleh biarlah yang nipis2 sikit, lgpun baby tu nanti lepas lahir akan di bedung dengan selimut or lampin yang kita bawak tu jugak kan
5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki, ini penting ni uolsss... sbb kuku baby adalah sangat tajam dan boleh mencederakan muka dia sendiri
6. topi baby / cover kepala baby- ini pun sgt penting uols, sbb nurse selalu nasihatkan tutup kepala baby sbb sejuk
7. Bedung/barut baby - ha ni takut uols lupa lak, bedung ni pun penting ni
8. Alatan mandian baby - sabun, bedak, losyen, syampu, putik kapas, senang nak mandikan kan..

Keperluan ibu/mama di hospital

1. Tuala
2. Barang mandian - termasuk ubat gigi, berus gigi, shampoo, sabun, apo2 yolah lagi
3. Beberapa pasang stokin
4. Seliper jangan dilupakan yer, kang berkaki ayam pulak, apa kejadddsss kan
5. Tuala wanita untuk wanita baru lepas bersalin, ini kalau nak beli kena beli kat kedai barangan bayi, kalau kat shopping complex tempat jual tuala wanita biasa tu, biasanya nan adoooo
6. Beberapa helai pakaian ibu - tshirt longgar2 la kalau boleh
7. Beberapa helai kain batik
8. Pakaian dalam yang bersesuaian dengan ibu la, sbb nak menyusukan anak kan, beli lah yang jenis ada zip kat depan tu ke kan, ikut keselesaan lah
9. sikat, bedak, getah rambut dan yg sewaktu dengannya

10. Pum susu ibu, botol susu - biasanya lepas baru melahirkan baby, baby akan tidooooooooo banyak, jd susu ibu adalah sangat banyak, kadang2 leceh jugak nak gerak bangunkan baby masa dia tengah nyenyak tido, kesian kan, so daripada sakit bengkak susu tu, kita perahla susu tu masukkan ke dalam botol, susu dalam botol tahan lama, 24 jam tak silap saya, tp seelok2nya mintak nurse simpankan dalam peti sejuk la. Kenapa mesti bawak pum pulak, padahal boleh perah pakai tangan jer, (nurse akan ajar uols mcm mana nak perah), jenuh uols nak perah sendiri, letihhhh... pakai pum tu senang sikit :D
11. flush air panas, cawan, sudu, mangkuk - kalau2 nak makan apa2 senang
12. Minyak angin - sebab kan lepas bersalin, biasanya perut kita akan pedih or kena gastrik mcm tu, yelah tiba2 jer perut jadi kosong kan, so angin adalah sangat banyak dalam perut, itulah gunanya minyak angin tu tadi

Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami

1. GL - untuk yang keje gomen, tp kalau swasta tu bawak surat rujukan doktor la yer
2. kad merah ibu mengandung
3. Kad pengenalan ibu dan bapa
4. duit duit duit

* bila baby dah selamat dilahirkan, masa nak bawak ibu dan bayi pulang ke rumah, jangan lupa si bapa perlu bawak kan kereta sorong bayi (stroller)

~ semua senarai di atas adalah seelok-eloknya di sediakankan dalam kereta atau letak kat rumah bila si ibu dan mengandung 7 bulan ke atas, senang apa2 jadik semua dah sedia ada kat rumah, angkut terus dan bawa ke spital jer

Selamat melahirkan anak yang comel yerr...


No comments: