DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Thursday, 22 November 2012

AMALAN BERPANTANG MENGARUT?

Adakah Amalan Berpantang Mengarut?


Pada entry lepas kite kongsikan mengenai amalan berpantang tradisional juga 
makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan dalam berpantang.
pada entry kali ini pula sy nk share mengenai ehem-ehem dalam berpantang, 
nifas, istihadah serta wiladah.
Tak mustahil ade antara kita hari ini tidak mengetahui malah membenci amalan 
berpantang selepas bersalin.. dgn berbagai alasan.. antaranya ketingalan zaman.. 
amalan merapu..dan sebagainya.
ada yg mengatakan masyarakat barat tidak berpantang pun.. mereka dgn sombong mengatakan mereka masyarakat moden.. tidak terikat lagi dgn amalan kuno tersebut..

cuma yang mereka tidak faham, kebaikan dari amalan tersebut.., dan tubuh moden 
mereka sebenarnya lebih rapuh/reput dari masyarakat dulu kerana amalan 
makanan yg berkimia dan berbagai gaya hidup moden yg menghancurkan..



PANTANG SELEPAS BERSALIN

Mengikut tradisi orang Melayu, berpantang bagi ibu selepas 
bersalin yang paling baiknya adalah 100 hari. 
Bagi sesetengah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan 
tempoh berpantang untuk tidak bersama suami, 
manakala pemakanan harus dikawal 
secara ketat sehingga 40 hari yang pertama


SEKS DALAM PANTANG
Menurut kajian yang telah dilakukan, seks yang dilakukan selepas bersalin 
(dalam tempoh berpantang) boleh menyebabkan embolisma udara yang 
menyebabkan kematian. Embolisma udara dalam (tuut) akan berlaku 
apabila (tuut) dilakukan oleh pasangan anda terhadap anda. Udara yang 
ditiup masuk ke dalam (tuut) akan masuk ke dalam rahim dan seterusnya 
masuk ke dalam salur darah. Kesannya boleh membawa kepada KEMATIAN 
yang pernah dilaporkan terutamanya di negara-negara barat.

Nifas Selepas Bersalin
Nifas adalah darah yang keluar dari rahim disebabkan melahirkan, 
baik sebelum, bersamaan atau sesudah melahirkan

Dari Abu Hurairah ra ia berkata bhw Rasulullah saw bersabda, 
“Hendaknya wanita yg nifas itu menuggu selama 40 hari kecuali melihat 
kesucian sblm itu. Jika telah melampaui 40 hari dan belum melihat 
kesucian, maka hendaklah dia mandi.”[HR Ibn Adi]

Lamanya masa nifas itu menurut penelitian rata-rata 40 hari Ada yang 
hanya satu hari. Ada pula yang sampai 60 hari Jadi paling pendeknya 
nifas itu sekejab (sebentar saja). Paling lamanya 60 hari. Kalau 
lebih dari 60 hari dihukumkanlah darah yang masih keluar itu sebagai 
darah istihadhah.

Apakah Itu Darah Istihadah?
Dari Aisyah ra,” sesungguhnya ia (istihadhah) adalah perdarahan akibat 
radang mulut rahim (cervix) dan bukan haidh.”[hadis riwayat bukhari]

Darah istihadah ialah darah penyakit yg keluar dari hujung urat yg 
berada di bawah rahim perempuandiwaktu selain waktu haid dan nifas 
yang terpanjang, baik darah ini keluar mengiringi darah haid atau tidak.

Dari Fatimah binti Abi Hubaisy, beliau ddatangi darah istihadah, lalu 
Rasulullah saw bersabda, “Darah haid ialah darah berwarna hitam biasanya 
dikenali oleh kaum wanita, bila begitu keaaannya, hendaklah anda 
berhenti dari menunaikan solat. Jika darah tersebut sebaliknya
(tidak berwarna hitam), maka hendaklah anda berwudhu’ dan menunaikan 
solat, kerana ia merupakan darah istihadah.”[Hadis riwayat Abu dawud]

Hal-Hal Yang Diharamkan Bagi Wanita Yang Nifas
Para ulama telah bersepakat bahwa wanita yang sedang nifas diharamkan 
melakukan apa saja yang diharamkan bagi wanita yang haid. Antara lain,

1. Sholat.

Wanita yang haid dan nifas haram melakukan shalat fardhu maupun sunnah, 
dan mereka tidak perlu menggantinya apabila suci. 
(Ibnu Hazm di dalam kitabnya al-Muhalla)

2. Puasa.

Wanita yang sedang nifas tidak boleh melakukan puasa wajib maupun sunnah. 
Akan tetapi ia wajib mengqadha puasa wajib yang ia tinggalkan pada 
masa nifas. Berdasarkan hadits Aisyah radhiyallahu ‘anha, 
“Ketika kami mengalami haid, kami diperintahkan untuk mengqadha puasa 
dan tidak diperintahkan untuk mengqadha shalat.” (Muttafaq ‘alaih)

3. Thawaf.
Wanita haid dan nifas diharamkan melakukan thawaf keliling ka’bah, baik 
yang wajib maupun sunnah, dan tidah sah thawafnya. 
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada 
Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Lakukanlah apa yang dilakukan jamaah haji, 
hanya saja jangan melakukan thawaf di ka’bah sampai kamu suci.” 
(HR. Bukhari dan Muslim)
4. Jima’.
(Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata, 
“Menggauli wanita nifas sama halnya dengan wanita haid, 
hukumnya haram menurut kesepakatan ulama.” (Lihat Majmu’ Fatawa))
5. Tidak bleh diceraikan.
Diharamkan bagi suami menceraikan istrinya yang sedang haid atau nifas. 
Allah Ta’ala berfirman, yang artinya, “Hai Nabi, apabila kamu menceraikan 
istri-istrimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu 
mereka dapat (menghadapi) iddahnya (dengan wajar).” (Qs. ath-Thalaq: 1)

MANDI WILADAH (MANDI LEPAS BERSALIN)

“Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas 
ku kerana Allah Taala”.

Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. 
Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap 
wanita yang bersalin. Dan diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah 
kering darah nifas.


Berpantang bagi seorang wanita selepas melahirkan anak merupakan satu adat 
dan amalan yang wujud pada sesuatu agama. Bukan orang Melayu sahaja yang 
berpantang selama 40 hari, malahan dinegara-negara Arab, UK, USA, etc 
juga ada dikalangan orang Islam ada yang mengamalkan kepercayaan demikian. 
Malah bukan sahaja orang Islam, bahkan kaum lain pun ada yang mengamalkan 
amalan tersebut. 

Bagi mereka yang berpantang, mereka dilarang dari keluar rumah sepanjang 
40 hari. Mereka juga disuruh berpantang dari beberapa jenis makanan 
seperti timun, buah-buahan dan sayuran yang dikatakan sejuk. Ada juga yang
 mengamalkan jamu dan juga berurut untuk membetulkan peranakan. 

Hakikatnya didalam Islam, tidak ada larangan untuk wanita itu keluar dari 
rumah kurang dari 40 hari kelahiran bayi. 
Ia hanyalah adat dan budaya semata-mata.

Angka 40 itu sangat sinonim didalam agama Islam. Dikatakan jumhur ulama' 
menyatakan bahawa 40 hari merupakan waktu maximum seorang wanita 
dikecualikan dari melakukan ibadat seperti solat dan puasa. Selepas 40 hari, 
seseorang wanita itu diwajibkan mandi dan mula bersolat. Ada dikalangan 
ulama' yang membenarkan selama 60 hari. Ummu Salamah ra. berkata :

كَانَتِ النُّفَسَاءُ تَجْلِسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا .. 
"Semasa waktu Rasulullah   , wanita didalam nifas akan duduk 
(dikecualikan dari puasa dan solat, dsb) selama 40 hari..." [Riwayat al-Tirmudzi]

Imam al-Tirmudzi didalam komentarnya terhadap hadith ini berkata, telah ijma' 
ulama dari kalangan sahabat Nabi  , taabien, bahawa waktu maksima wanita 
didalam keadaan nifas tidak perlu menunaikan solat adalah selama 40 hari, 
melainkan telah bersih sebelum ini,maka hendaklah ia mandi dan bersolat. 

Waktu minimum menurut Dr Abdul Karim Zaidan tidak ada hadnya, dan ini 
padangan ijma' fuqaha'. Dengan ertikata lain, sebaik sahaja tidak keluar lagi 
darah, maka wanita tersebut boleh mandi dan menunaikan solat. Menurut 
Dr Abdul Karim Zaidan lagi, pandangan yang rajih didalam hal waktu maksima 
nifas adalah 40 hari [Mufasal, 1/109].

Hukum wanita didalam nifas adalah sama dengan wanita didalam haid 
tanpa khilaf. Menurut Mazhab Syafie 'Apa yang diharamkan semasa 
nifas adalah diharamkan didalam haid'. Bagi Mazhab Maiki pula 
'larangan didalam nifas semuanya dilarang didalam haid'. [Mufasal, 1/169].

Kesimpulannya, amalan berpantang tidak ada didalam Islam, akan tetapi hakikat 40 hari berpantang (tidak berpuasa, bersolat, dsb) itu merujuk kepada angka maksima seseorang wanita itu didalam nifas. 

Saya akan kongsikan mengenai adat berpantang kaum lain pada entry akan datang..tungguuuuuu..;)

Kredit: Annisa’

PROMOSI HANYA DI BULAN NOVEMBER 2012!!
Untuk Tempahan Khasiat Alfalfa
sila hubungi saya di :

013-5116965

emel - ameerazulfa@gmail.com

1 comment:

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Pantang Larang Semasa Berpantang