DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Saturday, 17 November 2012

KONTRAKSI KELAHIRAN SEBENAR@PALSU

aku betul-betul kontraksi ke main acah jer ni ek...


Pada entry lepas kite share about tanda-tanda awal nk bersalin.Kali ni kite share tentang kontraksi pulak yer. Kiranya sebagai persediaan  dan ibu-ibu yang bakal melahirkanlah ye...

Apa itu Kontraksi

Kontraksi adalah serangkaian kontraksi rahim yang teratur, akan mendorong janin melalui serviks (rahim bahagian bawah) dan vagina (jalan lahir) secara bertahap sehingga janin keluar dari rahim ibu.

Kontraksi akan menyebabkan serviks membuka secara bertahap (mengalami dilatasi), menipis dan tertarik sampai hampir menyatu dengan rahim.  

Ciri-ciri Kontraksi

  • Pengecutan otot rahim ini seperti ombak, bergerak dari bahagian atas rahim ke bahagian bawahnya.
  • Sakitnya mungkin bermula dari bahagian bawah belakang anda dan bergerak ke depan perut atau sebaliknya.
  • Sesetengah wanita menerangkan kesakitan ini seperti sakit sindrom pra haid yang kuat.
  • Sakitnya tidak surut dalam tempoh yang lama
  • Semakin kerap, paling kurang 15 minit sekali bertambah hingga 5 atau 3 minit sekali.
  • Setiap kali sakit, bertambah lama tempoh sakitnya, (sehingga 45 saat).
  • Semakin kuat sakitnya
  • Jika anda berjalan, sakit ini semakin terasa kuat.
  • Berbaring tidak mengurangkannya.
  • Servik menipis dan terbuka.

Mengira Kontraksi

  • Tempoh kontraksi boleh dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.
  • Catatkan kekerapan dalam berapa minit.
  • Catatkan kekuatan sakitnya.

Kelahiran Palsu


*Sebelum kelahiran sebenar berlaku, anda mungkin mengalami kelahiran palsu, atau dikenali juga sebagai Kontraksi Braxton-Hicks.
*Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks. 
*Anda boleh mengenalnya kerana ia sedikit berbeza dengan kotraksi kelahiran. 

*Walaupun anda mengubah posisi, berehat dan berjalan, kontraksi ini 

  • menyediakan diri anda untuk proses kelahiran.
  • jarang-jarang berlaku sekitar setiap 30 minit dan tidak semakin kerap.
  • tidak bertambah kuat sakitnya.
  • tidak bertambah lama tempoh sakitnya.
  • biasanya sakitnya di bahagian hadapan perut ke bawah.
  • tidak begitu menyakitkan.
  • boleh reda jika anda berbaring.
  • biasanya tiada perubahan pada servik.

~ Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila terdapat tanda-tanda seperti yang dinyatakan ok..jangan tunggu lama-lama..cepat-cepat berjumpa doktor if u all ade masalah k..jaga kandungan, sayangi baby kita..Gud Luck to all mom's to be...;) ~






Kredit: mazni puteri


PROMOSI ISTIMEWA HANYA DI BULAN NOVEMBER 2012!!
untuk tempahan Khasiat Alfalfa

sila hubungi saya di :
013-5116965
emel - ameerazulfa@gmail.com

No comments: