DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Wednesday, 21 November 2012

PANTANG LARANG BERPANTANG



PANTANG LARANG MAKANAN SELEPAS BERSALIN 

gambar ini adalah utk hiasan semata

Salam buat ibu-ibu yang sedang berpantang...

Pada entry kali ni..suka utk saya kongsikan tentang antara makanan yang kita 
tidak boleh ambil semasa dalam pantang..mungkin ade sesetengah ibu yang 
tidak mengetahuinya..Semasa saya berpantang dlu pun banyak yang saya tidak 
tahu makanan-makanan yang tidak boleh dimakan semasa berpantang.  
Alhamdulillah Ibu mertua sy yang banyak memberi tunjuk ajar selama menjaga 
saya dalam pantang...tq bonda =)
  
Seseorang ibu yang melahirkan anak akan dijaga selama 44 hari. Masa ini juga 
dikenali sebagai masa berpantang dan ibu yang baru bersalin akan dikenakan 
beberapa pantang larang. Dalam tempoh ini kesihatan ibu dijaga dengan begitu 
rapi. 

Di antara makanan-makanan yang dilarang semasa dalam pantang adalah seperti berikut:

1. Makanan yang boleh menyebabkan gatal seperti udang, sotong, ayam dan lain-lain.
2. Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran, buah-buahan, teh dan lain-lain.
3. Makanan yang tajam seperti nanas, air tebu dan sebagainya.
4. Makanan yang berangin seperti nangka, pulut, petai, ubi kayu dan sebagainya.
5. Makanan yang beracun atau berbisa seperti pisang, roti yang dicampur dengan
 ibu roti dan sesetengah jenis ikan seperti pari, terubuk dan sebagainya.
6. Makanan yang berminyak seperti santan, kacang, minyak masak dan sebagainya.


*Makanan ibu semasa dalam pantang perlu dijaga supaya tidak menjejaskan

 kesihatan ibu terutama ibu yang menyusukan anak. Jika hal ini tidak diambil 
berat, kesihatan anak juga turut terjejas umpamanya anak terkena ruam panas, 
kembung perut dan sebagainya.
*Selain itu makanan sejuk boleh menyebabkan kebas, pening, sakit urat saraf, 
sesak nafas, sakit sendi, kejang-kejang otot, kancing gigi dan turun darah.

PANTANG LARANG LAIN  

>Selain daripada makanan terdapat pantang larang lain yang bersangkutan dengan ibu 
yang baru     bersalin. Pantang larang ini diadakan untuk kebaikan ibu itu sendiri.

>Sewaktu berjalan hendaklah secara perlahan dan cermat. Bendul tidak boleh dilangkah.
 Ini kerana  dikhuatiri ibu jari kaki tersepak bendul yang boleh menyebabkan tumpah
 darah atau tersungkur. Tumpah darah yang berterusan boleh membawa maut.

>Jangan mengangkat benda-benda yang berat kerana ia boleh memudaratkan ibu.

>Jauhkan daripada sesuatu yang boleh menyebabkan rasa terkejut. Ini boleh 
mengakibatkan darah naik ke kepala dan ini boleh menjejaskan kesihatan ibu.

Dibawah ni saya kongsikan jgak info yang sy dapat. sape2 nk buat panduan boleh 
la yer..dipersilakan..;)

yang di highligt kuning tu yang sy makan sepanjang tempoh berpantang 44 hari..;)
Ikutla selera dan pilihan masing-masing yerr..

Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang


BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucuk pegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku




SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais(selepas 100hr)
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang



Apepun yang di share adalah sekadar perkongsian  ilmu semata.
Setiap individu mempunyai cara yang berbeza..ade yang boleh makan ade yang tak boleh..
so terpulang la k..

"Selamat menjalani alam berpantang buat ibu-ibu comel "



Kredit: hidayahmk

PROMOSI HANYA DI BULAN NOVEMBER 2012!!
Untuk Tempahan Khasiat Alfalfa
sila hubungi saya di :

013-5116965

emel - ameerazulfa@gmail.com

No comments: