DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Pinterest Google+ Facebook Twitter Addthis

Saturday 24 November 2012

AKTITIVI HARIAN KANAK-KANAK

Cadangan Aktiviti Harian Kanak-Kanak 7 Bulan Hingga 18 Tahun


Assalamualaikum..hai semua..Dah bersenam ke hari ni??
Hari ni saya nk share info mengenai aktiviti harian untuk anak-anak comel kite..agak-agak aper yerr...
Mesti ibu-ibu tengah sibuk melayan karenah anak-anak kan..alang-alang dah singgah cni jom kita tambah ilmu ek...

Sebenarnya kita mula bersenam atau melakukan pergerakan badan sejak lahir lagi.  Dan pergerakan ini menjadi semakin rumit seiring dengan peningkatan usia kita.

Namun, kebanyakan wanita mula berasa malas untuk bersenam apabila melangkah ke alam dewasa lingkungan umur 20-an.  Mungkin, ketika ini metabolik badan masih tinggi maka tenaga dalam badan masih mampu membakar lemak-lemak yang mula berkumpul.  Maka, badan anda masih boleh mengekalkan bentuk badan ramping.

Tetapi sekiranya anda membiarkan terus keadaan malas bersenam atau melakukan pergerakan aktif ini, besar kemungkinan anda akan menghadapi masalah pertambahan berat badan atau gemuk.  Bagi mengelak keadaan ini daripada berlaku, anda boleh mengasuh anak-anak anda sedari kecil lagi agar suka bersenam.

Berikut adalah panduan agar anak-anak anda agar sentiasa aktif bergerak bermain sepanjang hari atau pada kebanyakan hari demi kesihatan mereka.

UMUR: 7 BULAN - 1 TAHUN
Konsep Aktiviti:
Antara 30-60 minit permainan yang terancang bagi mengenali persekitaran mereka

Tempoh Maksimum Berehat: Tiada

Contoh: Bermain sorok-sorok, membentuk bayang-bayang menggunakan hjari-jemari, menyusun blok, mengguling bola lembut, muzik.

UMUR: 2 -4 TAHUN
Konsep Aktiviti: 
Aktiviti tahap sederhana selama 60 minit bertujuan membentuk keseimbangan dan pergerakan sambil meningkatkan kesedaran terhadap had ruang diri.

Tempoh maksimum berehat:selama satu jam pada masa tiada aktiviti(kecuali waktu tidur)

Contoh: Melatih pergerakan berguling, meniru pergerakan haiwan, bermain lompat katak, bermain bola, musik.

UMUR: 5-11 TAHUN
Konsep Aktiviti: 
Sekurang-kurangnya aktiviti sederhana selama 60minit, berselang dengan tempoh rehat dan tiga-empat sesi aktiviti cergas yang sesuai.

Tempoh maksimum berehat: Dua jam pada waktu tiada aktiviti (kecuali waktu tidur)

Contoh: Berjalan, menari, mengayuh basikal, bermain di padang permainan, seni pertahan diri, bermain bola, lompat tali, badminton.

UMUR: 12-18 TAHUN
Konsep Aktiviti: 
Antara 30-60 minit melakukan aktiviti sederhana mengikut kesesuaian usida DAN 20minit aktiviti sederhana cergas secara berterusan.

Tenpoh makisimum berehat: Dua jam pada waktu tiada aktiviti (kecuali waktu tidur)

Contoh: Berjalan, menari, mengayuh basikal, bermain di padang permainan, seni pertahan diri, bermain bola, lompat tali, badminton, tenis, berenang, senamrobik.

Dah habis baca..?? Rajin-rajinla bersenam yer..(pesanan utk dri sendri jgak=)

Sumber: Majalah Wanita keluaran November 2011






PROMOSI ISTIMEWA HANYA DI BULAN NOVEMBER 2012!!
untuk tempahan Khasiat Alfalfa

sila hubungi saya di :
013-5116965
emel - ameerazulfa@gmail.com

No comments: