DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Wednesday, 14 November 2012

PROSES TUMBESARAN BAYI

TUMBESARAN INTELEK PADA SETIAP PERINGKAT USIA BAYI


Bayi yang baru lahir akan melalui pelbagai peringkat tumbesaran fizikal dan juga aspek intelektual atau keupayaan minda.
Perkembangan intelektual ini dapat memastikan tumbesaran bayi yang normal, sesuai dengan peningkatan usianya.  Sebarang kecacatan bukan fizikal ataupun keupayaan minda bayi dapat dikesan menerusi perkembangan yang terbantut atau tidak normal.

Berikut saya akan kongsikan panduan tumbesaran intelek bayi pada setiap peringkat usia dari tujuh hingga 12 bulan.

Tumbesaran Intelek Bayi 7-12 Bulan

- Pada peringkat usia ini, perasaan ingin tahu bayi terhadap segala-galanya semakin meningkat.  Sesuai dengan pergerakan badan yang semakin selaras, bayi mampu mengenal pasti keadaan persekitarannya.  Ingatannya semakin baik dan mereka mula cuba untuk berdikari.
Misalnya, bayi cuba untuk makan sendiri dan bayi juga mula mengeluarkan suara-suara comel membebel yang sebenarnya tanda awal perkembangan pertuturan.

Kemahiran Berkomunikasi dan Bahasa

1) Mula Mengenal pasti bahasa - bahasa biasa dan mudah seperti 'nak', ta-ta, mamam, mama dll

2) Belajar bertindak balas terhadap panggilan nama dan isyarat bahasa mudah seperti 'yes', 'no', @ 'ya', 'tak'

3) Menggunakan pergerakan isyarat mudah seperti menggeleng kepala menandakan 'ya' atau 'tidak'.

4) Mengeluarkan bebel dengan tona suara yang berbeza, cuba meniru bunyi-bunyi percakapan orang dewasa.

5) Cuba berkomunikasi menggunakan bahasa tubuh atau bahasa isyarat.

6) Mengeluarkan satu atau dua patah perkataan seperti 'ma-ma', 'ba-ba', 'bye-bye'.

7) Menggunakan tanda nada tinggi seperti 'oh-oh!'.


Kemahiran Kognitif @ Intelektual

1- Belajar mempelajari objek-objek dalam pelbagai cara, misalnya menggoncang, membaling, mengetuk, menghentak.

2- Bermain dengan dua barang permainan pada satu masa.(bertukar barang permainan dari tangan kanan ke tangan kiri dan sebaliknya)

3- Mencari makanan yang terjatuh atau barang permainan yang tergolek atas lantai.

4- Mengulangi perbuatan yang menimbulkan tindak balas seperti mengetuk blok-blok mainan.

5- Mencari barang permainan yang tersorok.

6- Gemar melihat gambar-gambar dalam buku.

7- Suka permainan sorok-sorok.

* Ibu bapa boleh la nilai sejauh mana perkembangan si comel anda..Alhamdulillah anak saya berusia 12 bulan mempunyai ciri-ciri seperti diatas.  Sentiasalah melayan karenah si manja anda untuk tumbesaran intelek mereka.  Sesungguhnya anak adalah amanah Allah untuk kita didik dan jaga.

                    "Selamat Melayan Si Manja Comel buat ibu -ibu dan bapa-bapa"



PROMOSI HANYA DI BULAN NOVEMBER 2012!!
untuk tempahan Khasiat Alfalfa
sila hubungi saya di :
013-5116965
emel - ameerazulfa@gmail.com

No comments: