TANDA-TANDA AWAL NAK/HAMPIR BERSALIN
Buat ibu-ibu yang br nk deliver anak pertama pasti tertanya-tanya apakah, bagaimanakah tanda-tanda nk bersalin kan? Jom kita check apa tanda-tanda awal nk bersalin..so bleh la ibu-ibu get ready nnt yer...
Bayi turun ke
bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. ~bestnya kalau ada husband time mcm ni.. =)
Pecah air ketubanPerut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. ~bestnya kalau ada husband time mcm ni.. =)
*Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
*Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
*Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
*Kontraksi yang tetap dan berterusan
*Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel"Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"
Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.
~ bile dah nk jadi ibu kadang-kadang instinct kita ni pon boleh agak bila kita nak bersalin. Badan kita , kita yang tahu cemana rasa nya . Betul tak ? selain itu, berdoa lah kepada-NYA banyak2 moga dipermudahkan segalanya..jangan lupa minta ampun dan maaf dari semua terutama suami, ibu, ayah dan semua yang mengenali kita...Semoga selamat melahirkan yerrrr...~
Kredit: sutterhealth
Kredit: Harian MetroKredit: Labor Signs
PROMOSI ISTIMEWA HANYA DI BULAN NOVEMBER 2012!!
sila hubungi saya di :
013-5116965
emel - ameerazulfa@gmail.com
FB Page : Susu Ibu Idaman Si Manja
