DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Pinterest Google+ Facebook Twitter Addthis
Showing posts with label Multivitamin. Show all posts
Showing posts with label Multivitamin. Show all posts

Thursday, 8 November 2012

VITAMIN UNTUK IBU HAMIL

VITAMIN UNTUK IBU HAMIL



Assalamualaikum...

TAHNIAH!! buat ibu-ibu hamil..

Kehamilan adalah antara perkara yang paling dinanti-nanti oleh pasangan yang sudah berumahtangga... Dengan kehadiran cahaya mata maka akan mengeratkan lagi perhubungan suami isteri selain meramaikan umat Nabi Muhammad... :)

Tidak dinafikan pada awal kehamilan, kebanyakan ibu tidak terlepas daripada simptom seperti sakit kepala, loya, alahan, lesu, tidak bertenaga dan sebagainya. Bagi sesetengah ibu simptom ini mungkin berlarutan sehingga 9 bulan! Paling tidak pun, sesekali pasti diserang simpul biawak, sembab kaki, atau kepenatan kerana 'membawa perut' yang semakin membesar.

Alangkah seronoknya jika 9 bulan itu dapat kita lalui dengan badan yang sihat, cergas, bertenaga dan ceria! Insya-Allah!

Para ibu pasti sudah dibekalkan dengan vitamin oleh klinik untuk diambil sepanjang kehamilan. Namun, tak rugi melaburkan lebih wang jika kita berkemampuan, demi kebaikan bayi yang dikandung serta ibu itu sendiri.