VITAMIN UNTUK IBU HAMIL
Assalamualaikum...
TAHNIAH!! buat ibu-ibu hamil..
Kehamilan
adalah antara perkara yang paling dinanti-nanti oleh pasangan yang sudah
berumahtangga... Dengan kehadiran cahaya mata maka akan mengeratkan lagi
perhubungan suami isteri selain meramaikan umat Nabi Muhammad... :)
Tidak
dinafikan pada awal kehamilan, kebanyakan ibu tidak terlepas daripada simptom
seperti sakit kepala, loya, alahan, lesu, tidak bertenaga dan sebagainya. Bagi
sesetengah ibu simptom ini mungkin berlarutan sehingga 9 bulan! Paling tidak
pun, sesekali pasti diserang simpul biawak, sembab kaki, atau kepenatan kerana
'membawa perut' yang semakin membesar.
Alangkah
seronoknya jika 9 bulan itu dapat kita lalui dengan badan yang sihat, cergas,
bertenaga dan ceria! Insya-Allah!
Para ibu
pasti sudah dibekalkan dengan vitamin oleh klinik untuk diambil sepanjang
kehamilan. Namun, tak rugi melaburkan lebih wang jika kita berkemampuan, demi
kebaikan bayi yang dikandung serta ibu itu sendiri.
