DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Pinterest Google+ Facebook Twitter Addthis

Tuesday, 18 December 2012

CARA SIMPAN SUSU UTK IBU BEKERJA


Selamat pagi..n selamat datang kepada ibu-ibu yang sudi mengunjungi blog mera..Hari ni mera nak share info tentang penyusuan pula..memandangkan cousin mera yg br bersalin tu tanya pasal nk simpan susu macmaner..urm..terus mera update kat cni..bleh la ibu-ibu lain pn dpt info kan..

gambar cth peti utk simapan susu ebm







Mera rase kebanyakan ibu2 semua dah sedia maklum tetang penyusuan ibu nikan..walaupun kite kerja, penyusuan ibu xperlu dihentikan..Kite perlu buat perancangan dan persediaan rapi masa dalam pantang lagi sebelum kita masuk kerja. Jadi, perkara paling penting pastilah mengetahui dan mempelajari cara utk perah susu ibu dan cara nk simpan macamner disamping kite amal dan latih si manja kita minum susu itu.;)..Jom kita baca di bawah ini panduan nya yer...

Masa untuk mula Perah Susu Ibu
- Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu dari 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan selama 15-20 minit.
Teknik Perah Guna Tangan
* Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
* Lakukan urutan perlahan-lahan pada dara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.

Cara-cara:
1:Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawah payu dara.
2: Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.
3:Pusing dan perah dari semua arah.
4:Lakukan yang sama kepada payu dara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payu dara.

Perhatian ! : Jangan urut dari bahagian atas payu dara.


Menyimpan susu yang telah diperah.
* Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
* Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
* Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26 oC selama 4 jam, di dalam peti sejuk (fridge) untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (freezer, lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.
* Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.

Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda.
* Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.
* Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam
atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip. 
* Jangan cairkan susu pada suhu bilik.
* Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
* Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
* Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)
* Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.

Mengajar bayi minum susu yang telah diperah.

* Anda dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.

* Gunakan jadual berikut sebagai panduan:
Source : Malaysian Breastfeeding Advisory Association


Hari 1-3 : Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari4-6 : Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu-waktu yang lain.


Hari 7-9 : Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengahari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.



Hari 10-13 : Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.


Semoga panduan di atas ini dapat membantu ibu-ibu semua yer..Selamat Menyusu untuk Si Manja tersayang ;)

No comments: